PETALING JAYA: Seorang penganggur warga Pakistan menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita di Jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, bulan lepas.
Muhamad Mudasar, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.
Pada 23 Jan lepas, Muhamad Mudasar, 23 mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita berusia 29 tahun dan meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah pisau kepada mangsa di jejantas itu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2)(6) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia turut berdepan pertuduhan merompak telefon bimbit serta wang tunai RM80 milik mangsa sama menggunakan sebilah pisau mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebatan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12.45 tengah malam, 14 Jan lepas.
Pengakuan bersalah tertuduh sebelum ini menyebabkan mahkamah menetapkan hari ini untuk fakta kes dan hukuman.
Bagi kesalahan merompak, tertuduh bagaimanapun hanya mengakui pertuduhan dan fakta kes, namun tidak mengakui gambar barang-barang kes selepas ditunjukkan kepadanya pada prosiding hari ini.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim manakala Muhamad tidak diwakili peguam.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes rompak dihadapi Muhamad, yang turut menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada prosiding hari ini.
Muhamad dan rakan senegaranya Muhammad Waqas, 29, didakwa merompak dua telefon bimbit bernilai RM2,070 milik seorang wanita berusia 20 tahun menggunakan sebilah pisau di tempat sama pada 11.15 malam 30 Dis lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Waqas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Lelaki warga Pakistan menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita di jejantas pada bulan lepas. -Foto Bernama
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersalah kes rogol di Jejantas KTM Serdang
Muhamad Mudasar, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.